Pautkan akaun Zapier anda dalam UI Google Ads

27 Oktober 2021

Penggunaan data pihak pertama dalam strategi pemasaran anda membantu anda membina perhubungan langsung dengan pelanggan anda, memberikan pengalaman yang diperibadikan dan meningkatkan prestasi kempen. Walau bagaimanapun, pengumpulan, muat naik dan kemas kini data ini boleh menjadi mencabar─khususnya jika anda mempunyai sumber teknikal yang terhad. 

Untuk menjadikan proses ini lebih mudah bagi anda, kami bekerjasama dengan Zapier, sebuah penyelesaian automasi yang membantu anda mengusahakan data pihak pertama anda merentas alat seperti sambungan borang prospek, penukaran luar talian dan Padanan Pelanggan. Selepas ini, anda boleh memautkan Zapier kepada akaun anda secara terus dalam antara muka Google Ads.

Screenshot of Zapier in the Google Ads UI

Dengan memautkan akaun Zapier anda dengan Google Ads, anda boleh mengautomasikan sesetengah daripada tugas manual yang paling basa. Contohnya:

  • Anda boleh memautkan sambungan borang prospek kepada CRM anda dan menerima prospek secara automatik.
  • Anda boleh mengimport penukaran luar talian secara automatik daripada CRM anda kembali ke Google Ads, yang membantu anda mengukur dan memahami nilai penuh kempen anda.
  • Anda boleh menggunakan Zapier untuk mengemas kini, mengisih dan mengalih keluar kenalan secara automatik daripada senarai Padanan Pelanggan anda, dengan memastikan khalayak anda masih baharu.

Selain itu, Zapier mempunyai penyepaduan dengan lebih 3000 CRM dan platform pihak ketiga seperti Slack, Mailchimp dan Salesforce. Perkara ini memudahkan anda menyertakan ciri ini dalam proses sedia ada anda.


ServiceTitan logo

ServiceTitan ialah platform perisian yang membantu perniagaan keci mengurus tugas rutin mereka. Jenama ini sedang menggunakan sambungan borang prospek, penukaran luar talian dan Padanan Pelanggan, tetapi mendapati tugas memindahkan data pihak pertama mereka dan memastikan data tersebut terkini dalam Google Ads agak mencabar. Dengan memautkan akaun mereka dengan Zapier, ServiceTitan dapat meluangkan kurang masa untuk memuat naik data secara manual dan menghabiskan lebih banyak masa menganalisis kejayaan kempen mereka. “Proses muat turun, pemformatan dan muat naik yang sebelum ini berbentuk manual, kini berlaku dengan amat lancar, yang menjimatkan masa kami untuk menumpukan pada tugas yang lebih bernilai,” berkata Matt Grebow, Senior Manager of Demand Generation di ServiceTitan.

 

Fluent logo Fluent ialah sebuah syarikat pemasaran yang membantu jenama mencari pelanggan baharu yang bernilai. Sebagai sebahagian daripada matlamat ini, jenama ini perlu mengimport penukaran luar talian ke Google Ads–tetapi mengalami kesukaran melakukan perkara ini dengan proses semasa mereka. Dengan menggunakan Zapier bersama Google Ads, syarikat ini mendapati mereka boleh menghantar penukaran luar talian ke Google Ads secara automatik. Perkara ini membantu Fluent menjimatkan masa, melihat iklan yang berprestasi terbaik dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengoptimumkan kempen mereka.

 

Untuk mengetahui cara memautkan akaun Zapier anda kepada Google Ads, lawati Pusat Bantuan Google Ads.

Disiarkan oleh Digvijay Singh, Pengurus Produk, Google Ads

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
893512523366114535
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false